Soalan : Apakah kelebihan prepaaid ONEXOX?
Jawapan :
Antara kelebihan plan ONEXOX adalah seperti berikut:
* SMS dan Panggilan suara kadar rendah
* Famili & rakan ke 10 nombor (ke SEMUA rangkaian)
* Pindahan kredit kpd kawan-kawan
* User get user (5% ganjaran topup)
* Plan Data internet tiada “pay per use”
* Kadar panggilan serendah 5 sen (di bawah 10 saat)
* Ganjaran loyalty
* FREE sms 12 bulan (1800sms) (ke nombor XOX dan ONEXOX)
* Validity date 28 bulan (MNP/kekalkan nombor lama sahaja)
* Akaun MA dan DA yang menjimatkan
* Saluran topup secara online
Soalan : Boleh berikan panduan ringkas setelah talian prepaid ONEXOX ni di aktifkan?
Jawapan : Rujuk rajah di bawah.
Soalan: Bagaimana hendak aktifkan talian ONEXOX ni?
Jawapan : Pengguna mestilah membuat panggilan selama lebih 10 saat. (Panggilan tersebut mestilah di jawab oleh penerima)
Soalan : Bagaimana saya mengetahui talian Prepaid ONEXOX sudah aktif?
Jawapan : Anda perlu masukkan SIM Kad ONEXOX ke dalam telefon dan screen telephone akan memaparkan MY XOX. Sekiranya tiada apa2 isyarat, anda perlu restart telefone (ON dan OFF telefon). Kekadang anda perlu keluarkan bateri telefon.
Soalan : Bagaimana hendak menyemak baki?
Jawapan : Lihat rajah di bawah
Soalan : Bagaimana nak memahami baki prepaid ONEXOX?
Jawapan : Lihat rajah di bawah atau klik DI SINI.
Soalan : Berapa denominasi top-up prepaid ONEXOX? Berapa hari tempoh sah top up?
Jawapan: Lihat rajah di bawah
Soalan : Bagaimana nak membeli top-up prepaid ONEXOX ini?
Jawapan : Anda perlu sebut prepaid XOX.
Soalan : Di mana saya boleh beli top up ONEXOX?
Jawapan : Lihat di bawah atau klik DI SINI.
Soalan : Berapa kadar panggilan prepaid ONEXOX?
Jawapan : Lihat rajah di bawah atau klik DI SINI
Soalan : Kenapa prepaid ONEXOX ini ada dua jenis baki-MA dan DA?
Jawapan : DA untuk penjimatan dan MA lebih kepada untuk penggunan internet.
Soalan : Bagaimana kaedah caj Prepaid ONEXOX ni?
Jawapan : Panggilan dan SMS dikenakan pada kadar rendah daripada baki Akaun Dedikasi.
Kadar biasa daripada baki Akaun Utama dikenakan setelah tiada baki di dalam Akaun Dedikasi.
Soalan : Bagaimana FnF berfungsi?
Jawapan : Anda mestilah menyenaraikan 10 nombor kegemaran anda terlebih dahulu. Adalah dinasihatkan anda menyenaraikan nombor telefon dari rangakain lain(MAXIS,DIGI,CELCOM,U MOBILE atau lain-lain)
Soalan : Bagaimana untuk menambah, melihat senarai anda membuang senarai FnF anda?
Jawapan :
Tambah FnF. FNF<jarak>ADD<jarak>no kawan dan hantar ke 22111
Buang FnF. FNF<jarak>DEL<jarak>no kawan dan hantar ke 22111
Lihat FnF. FNF<jarak>LIST<jarak>no kawan dan hantar ke 22111
Soalan : Bagaimana hendak mengetahui jumlah penggunaan saya?
Jawapan : Anda boleh mengetahui jumlah penggunaan di Selfcare, daftar DI SINI
Soalan : Adakah pengguna boleh guna internet selepas tiada lagi kuota?
Jawapan : TIDAK boleh. Ini disebabkan prepaid ONEXOX tidak mengamalkan unlimited access. Sekiranya anda mahu menggunakan perkhidmatan internet semula anda perlu melanggan semua. Prepaid ONEXOX menyediakan plan harian, mingguan dan bulanan.
***SILA LAYARI LAMAN WEB SYARIKAT UNTUK MAKLUMAT LENGKAP***
MOBILE NUMBER PORTABILITY (MNP)
Soalan : Saya hendak kekalkan no saya sekarang boleh tak?
Jawapan : Tentu saja BOLEH..Proses ini kita panggil MNP (Mobile Number Portability)
Soalan : Bolehkah talian postpaid di tukarkan ke talian ONEXOX?
Jawapan : Boleh tetapi beberapa perkara di bawah perlu diambil kira sebelum port out ke ONEXOX.
a) Langganan tersebut didalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian sediada.
b) Tanpa sebarang tunggakan bil :Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP
Tidak terikat dengan apa-apa kontrak-
c) Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa. Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP
d) Jika pelanggan mempunyai talian tambahan ( supplementary line), setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.
Soalan : Berapa lama masa yang di ambil untuk MNP?
Jawapan : Ianya bergantung kepada tindakan syarikat telekomunikasi yang anda gunakan sekarang. Jangka masa untuk proses MNP adalah 1-5 hari bekerja. Kebiasaannya ialah mengambil masa 24-48 jam.
Soalan : Sekiranya saya ingin dapatkan maklumat/soalan lebih lanjut mengenai MNP/Kekal no dimana harus saya dapatkan infonya?
Jawapan : Anda boleh layari laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Klik di sini
Soalan : Semasa proses MNP, talian yang saya gunakan sekarang boleh digunakan atau tidak?
Jawapan : Sudah tentu BOLEH. Memang ada berlaku talian baru belum diaktifkan tetapi talian lama sudah di tamatkan.
Soalan : Saya menggunakan no telefon ini untuk e-banking. Apakah tindakan yang saya perlukan untuk menerima TAC daripada bank?
Jawapan : Anda hanya perlu pergi ke ATM bank berkenaan dan menukar no talefon kepada no lain,selepas itu anda perlu masukkan kembali no asal anda untuk penerimaan TAC. Langkah ini merupakan reset sahaja. Sekiranya anda sudah melakukan langkah ini dan masih lagi mengalami masalah, anda perlu ke bank yang berkenaan untuk mendapatkan nasihat daripada mereka.
SEMAK TALIAN SEBELUM MNP
TAIP MESEJ: BDAY STATUS HANTAR 28882
TAIP MESEJ: (NO IC) HANTAR 22011
TAIP MESEJ: VERIFY ID(NO IC) HANTAR 28011
TAIP MESEJ: CHECKID (NO IC) HANTAR 2000
Manakala bagi pelanggan-pelanggan daripada Happy, Tron, Clixter, Buzz Me, Tune Talk, Mereka perlu menelefon pusat khidmat pelanggan masing-masing untuk menyemak Butiran kad pengenalan
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.